DUA6022 KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
NAMA PENSYARAH
:
EN.
HJ MOHD ZUKY HANAFI
(JABATAN
PENGAJIAN AM)
NAMA AHLI KUMPULAN :
NURYASARAH BINTI SUKERI (12DEP15F1010)
NURUL
ATIKAH BINTI MOHD ZAKRI (12DEP15F1026)
NUR
IZZATI BINTI MD RASHID (12DEP15F1018)
PROGRAM
DIPLOMA ELEKTRONIK PERHUBUNGAN
KELAS:
DEP5B
JUN2017
SENARAI KANDUNGAN
BIL
|
ISI
KANDUNGAN
|
MUKA
SURAT
|
1
|
PENGENALAN
|
1
|
2
|
OBJEKTIF PENULISAN
|
2
|
3
|
HURAIAN ISI
|
3-8
|
4
|
SUMBER RUJUKAN
|
9
|
5
|
LAMPIRAN
|
10-12
|
6
|
KESIMPULAN / PENUTUP
|
13
|
PENGENALAN
Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada
umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu
bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya,
tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Jika budi
pekerti kita baik maka orang lain akan pandang kita tinggi, dan jika sifat kita
sebaliknya iaitu buruk, maka pandangan masyarakat terhadap sesuatu masayarakt
akan dipandang hina.
Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W,
Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara
masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam
mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan
Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia
dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu
minannas (hubungan sesama manusia).
Secara
umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia,
taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga
keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep
dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat.
Ilmu sangat penting dalam diri manusia, kerana Allah jadikan kita ada akal
untuk berfikir yang mana yang baik dan buruk.
OBJEKTIF
Tujuan kajian ini
adalah untuk :
1. Mengenal pasti perbezaan pandangan dari
pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah.
2. Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah
dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.
3. Memberi cadangan bagi mengatasi masalah
berlakunya fitnah memfitnah.
HURAIAN ISI
PANDANGAN FITNAH DARI
PELBAGAI KERPERCAYAAN AGAMA
PANDANGAN
AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH
Maksud fitnah adalah dugaan dan
ujian. Allah S.W.T ada berfirman dalam
kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan
(sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah S.W.T" (surah Al-Baqarah: ayat 193) bermaksud :iaitu perangilah mereka sehingga
tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah S.W.T
berfirman: " dan Kalau (Yathrib)
diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya
mereka mengerjakan ; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah
Al-Ahzab: ayat 14)
Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada
kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa
berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita
yang dibawanya.
Namun istilah fitnah lebih banyak
diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan didalam
hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada
mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa
seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran
dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa ujian yang
mendatang kerana ujian yang Allah S.W.T turunkan kepada umatnya kerana kita
dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah
disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang
sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam
kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi.
Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.
Kesan fitnah dalam diri masayarakat
akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan
menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah
itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara,
akibat daripada fitnah.
Sebagai manusia biasa sudah tentu
kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita
memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah
dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan
memohonlah petujuk dari Allah S.W.T.
Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai
kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita
perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan
keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari.
PANDANGAN
AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH
Dalam pandangan agama kristen fitnah
merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak
percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat
daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: “Dari manakah datangnya persengketaan
dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang
saling berjuang di dalam tubuhmu?” (Yak 4:1). Rasul Paulus dalam surat Galatia
mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: ”perbuatan daging” antara lain
perselisihan masyarakat, iri hati dan
kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5 : 20). Ini adalah penyakit
manusia sejak dari zaman Adam (band. Perisistiwa Kain dan Habel) yang perlu
diambil berat.
Akibat daripada fitnah itu sangat
bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali
silaturahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat.
Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui
ayat 11a: “memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya”. Melalui ayat ini
kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti
yang nyata. Dalam ayat 11b : perbuatan itu dianggap sebagai “mencela hukum dan
menghakiminya”. Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang
(baik di depan ataupun di belakang ) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip
hidup kita.
Melalui dua ayat tersebut, kita dapat
melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal “memfitnah” dan
“menghakimi”. Perkataan “memfitnah” muncul 3 kali, dan kata “menghakimi” muncul
sebanyak 4 kali dan kata “hakim” muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak
menghakimi dan menfitnah. Kata “fitnah” dapat diertikan sebagai berkata hal
yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang
disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.
Yesus tidak suka dengan perbuatan
menghakimi. Didalam kitab Injil (Mat 7:1-5) dengan teliti (terutama ayat 5),
Yesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa besar di
mata Allah dan kita tidak boleh menghakimi orang lain secara sendiri. Dalam
ayat 5: oleh Yakubus mengatakan Yesus
menyuruh kita untuk membuang dahulu kesakitan yang ada di mata kita
sebelum membuang selumbar di mata orang
lain .
PANDANGAN
AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH
Maksud hukum dalam agama hindu
adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia,
serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa
hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal dari
bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat, maka
dapat diertikan karmapala bermaksud
perbuatan atau tingkah laku.
Phala yang bermaksud buah atau
hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau
hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan
Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini
merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam
suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik
golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat
kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan
akan memperolehinya.”
Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait
nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam
hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya
keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata
“Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil
daripada buah pemikiran, bercakap
perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi
derita.
PUNCA
ATAU KESAN BERLAKUNYA FITNAH
Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak,iri
hati dan mementingkan diri.Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih
mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan
agama.Implikasi fitnah lebih dasyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya
membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu,namun fitnah boleh
boleh menjatuhkan maruah seseornag dan seterusnya menimbulkan
perpecahan,perbalahan ,kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang
yang sukar disekat.Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila
tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di
luar batas kemanusiaan.
Kesan fitnah kepada keluarga. Fitnah terhadap ahli keluarga
biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada
pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan
menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan
keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak
tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran,
pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
Dari segi masyarakat Ia boleh
berlaku di dalam bangsa dan agama. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh
meruntuhkan institusi masyarakat. Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di
dalam hubungan kemasyarakatan, ia perlu diatasi supaya masalah ini tidak
berleluasa secara drastik. Masyarakat menjadi tidak bermuafakat, tidak
bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti,
saling memburukkan antara pelbagai pihak, wujudnya jurang sosial yang luas,
pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang
tidak tenteram, porak-peranda dan lain-lain.
Pertelingkahan selalunya
disebabkan mempunyai unsur-unsur fitnah, salah faham dan tuduh-menuduh tanpa
usul periksa. Kesannya, hubungan perkauman menjadi huru-hara serta boleh
berlaku peperangan bunuh membunuh sehingga menumpah darah.
CARA
MENGATASI BERLAKUNYA FITNAH MEMFITNAH
Fitnah adalah produk
sampingan dari interkasi social.Siapapun yang pernah melakukan interaksi sosial
nescaya suatu saat hak ini akan
menimpanya .Oleh kerananya hal ini tidak boleh dihindari akan tetapi mari kita
minimalisir:
1-Selalu
berbuat baik kepada sesiapapun.
-Kebaikan hati adalah benteng pertama agar
anda terhindar dari fitnah.
2-Membangun
citra yang baik dimata masyarakat.
-Nama baik adalah benteng paling tangguh
yang akan menahan fitnah yang hendak ditujukan kepad anda.
3-Memiliki
relasi dan sahabat yang percaya pada diri ini.
-Kerabat adalah orang-orang yang akan
membenarkan dan siap membela anda saat berada di jalan yang benar.
4-Semampu mungkin hindari persaingan tidak sihat.
-Persaingan yang tidak sihat banyak
negatifnya .salah satunya adalah menyebarkan fitnah sebagai satu alat untuk menjatuhkan lawan .
SUMBER RUJUKAN
1. Internet
Agama Islam
- MALAPETAKA AKHIR
ZAMAN DAN CARA MENGATASINYA
Oleh :
Syaikh Abdullah bin
Abdurrahman Al-Jibrin
( Anggota Dewan Fatwa
Kerajaan Saudi Arabia )
Agama Hindu
- https://aslibumiayu.net/4684-lebih-200-dalil-dari-kitab-wedha-kitab-suci-umat-hindu-tentang-selamatandll.html
Agama Kristian
http://duniamaklumat.com/punca-fitnah-dalam-agama/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah#Kesan_fitnah
LAMPIRAN


