Tuesday, 5 September 2017




DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


NAMA PENSYARAH :
EN. HJ MOHD ZUKY HANAFI
(JABATAN PENGAJIAN AM)

NAMA AHLI KUMPULAN :
 NURYASARAH BINTI SUKERI (12DEP15F1010)
NURUL ATIKAH BINTI MOHD ZAKRI (12DEP15F1026)
NUR IZZATI BINTI MD RASHID (12DEP15F1018)

PROGRAM DIPLOMA ELEKTRONIK PERHUBUNGAN
KELAS: DEP5B
JUN2017




SENARAI KANDUNGAN

BIL
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

1

PENGENALAN


1

2

OBJEKTIF PENULISAN

2

3

HURAIAN ISI

3-8

4

SUMBER RUJUKAN

9

5

LAMPIRAN

10-12

6

KESIMPULAN / PENUTUP

13




PENGENALAN

 Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Jika budi pekerti kita baik maka orang lain akan pandang kita tinggi, dan jika sifat kita sebaliknya iaitu buruk, maka pandangan masyarakat terhadap sesuatu masayarakt akan dipandang hina.
  Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).
  Secara umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat. Ilmu sangat penting dalam diri manusia, kerana Allah jadikan kita ada akal untuk berfikir yang mana yang baik dan buruk.






OBJEKTIF
Tujuan kajian ini adalah untuk :
1.   Mengenal pasti perbezaan pandangan dari pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah.
2.  Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.
3.  Memberi cadangan bagi mengatasi masalah berlakunya fitnah memfitnah.





                                                                     HURAIAN ISI

PANDANGAN FITNAH DARI PELBAGAI KERPERCAYAAN  AGAMA

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH

           Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah S.W.T  ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah S.W.T"    (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud :iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah S.W.T berfirman:  " dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya mereka mengerjakan ; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Ahzab: ayat 14)

             Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya.

             Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan didalam hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa ujian yang mendatang kerana ujian yang Allah S.W.T turunkan kepada umatnya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

            Kesan fitnah dalam diri masayarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah.

            Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petujuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari.



PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH

           Dalam pandangan agama kristen fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: “Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?” (Yak 4:1). Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: ”perbuatan daging” antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan  kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5 : 20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Perisistiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat.

          Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui ayat 11a: “memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya”. Melalui ayat ini kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti yang nyata. Dalam ayat 11b : perbuatan itu dianggap sebagai “mencela hukum dan menghakiminya”. Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang (baik di depan ataupun di belakang ) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita.

          Melalui dua ayat tersebut, kita dapat melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal “memfitnah” dan “menghakimi”. Perkataan “memfitnah” muncul 3 kali, dan kata “menghakimi” muncul sebanyak 4 kali dan kata “hakim” muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak menghakimi dan menfitnah. Kata “fitnah” dapat diertikan sebagai berkata hal yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.
      
          Yesus tidak suka dengan perbuatan menghakimi. Didalam kitab Injil (Mat 7:1-5) dengan teliti (terutama ayat 5), Yesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa besar di mata Allah dan kita tidak boleh menghakimi orang lain secara sendiri. Dalam ayat 5: oleh Yakubus  mengatakan Yesus menyuruh kita untuk membuang dahulu kesakitan yang ada di mata kita sebelum  membuang selumbar di mata orang lain .


 PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

           Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud  perbuatan atau tingkah laku.

           Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”

           Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.







PUNCA ATAU KESAN BERLAKUNYA FITNAH

              Lazimnya perbuatan  memfitnah berlaku didorong oleh tamak,iri hati dan mementingkan diri.Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.Implikasi fitnah lebih dasyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu,namun fitnah boleh boleh menjatuhkan maruah seseornag dan seterusnya menimbulkan perpecahan,perbalahan ,kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat.Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan.
                 Kesan fitnah kepada  keluarga. Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
                  Dari segi masyarakat Ia boleh berlaku di dalam bangsa dan agama. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi masyarakat. Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan, ia perlu diatasi supaya masalah ini tidak berleluasa secara drastik. Masyarakat menjadi tidak bermuafakat, tidak bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak-peranda dan lain-lain.
              Pertelingkahan selalunya disebabkan mempunyai unsur-unsur fitnah, salah faham dan tuduh-menuduh tanpa usul periksa. Kesannya, hubungan perkauman menjadi huru-hara serta boleh berlaku peperangan bunuh membunuh sehingga menumpah darah.




CARA MENGATASI BERLAKUNYA FITNAH MEMFITNAH

Fitnah adalah produk sampingan dari interkasi social.Siapapun yang pernah melakukan interaksi sosial nescaya  suatu saat hak ini akan menimpanya .Oleh kerananya hal ini tidak boleh dihindari akan tetapi mari kita minimalisir:
1-Selalu berbuat baik kepada sesiapapun.
     -Kebaikan hati adalah benteng pertama agar anda terhindar dari fitnah.
2-Membangun citra yang baik dimata masyarakat.
    -Nama baik adalah benteng paling tangguh yang akan menahan fitnah yang hendak ditujukan kepad anda.
3-Memiliki relasi dan sahabat yang percaya pada diri ini.
   -Kerabat adalah orang-orang yang akan membenarkan dan siap membela anda saat berada di jalan yang benar.
4-Semampu mungkin hindari persaingan tidak sihat.
    -Persaingan yang tidak sihat banyak negatifnya .salah satunya adalah menyebarkan fitnah sebagai satu alat  untuk menjatuhkan lawan .






SUMBER RUJUKAN

1. Internet

Agama Islam
- MALAPETAKA AKHIR ZAMAN DAN CARA MENGATASINYA
Oleh :
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
( Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia )

Agama Hindu
- https://aslibumiayu.net/4684-lebih-200-dalil-dari-kitab-wedha-kitab-suci-umat-hindu-tentang-selamatandll.html

Agama Kristian

 http://duniamaklumat.com/punca-fitnah-dalam-agama/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah#Kesan_fitnah







LAMPIRAN












No comments:

Post a Comment